Kedinginan Udara Semasa Memburu di sempadan Sarawak-Indonesia

Memburu di sempadan Sarawak-Indonesia.

Bagi para pemburu sememangnya aktiviti sebegini manjadi kegilaan terutamanya pada hujung minggu. Apa tidaknya dengan suasana kedinginan dan kesegaran udara hutan dapat mengatasi tekanan kerja sepanjang minggu.

Trip kali ini, admin dengan empat orang rakan telah menjelajah ke hutan di sempadan Sarawak-Indonesia untuk memburu. Dengan perjalanan bermula jam 7 pagi daripada pekan berhampiran seterusnya menuju ke kem pembalakan dengan pacuan empat roda meredah belantara secara offroad.

Perjalanan mengambil masa 4 jam dari pekan berhampiran menuju destinasi. Setelah persiapan untuk mendaki disediakan.

Kedinginan Udara Semasa Memburu di sempadan Sarawak-Indonesia  denai borneo
Pokok yang masih segar dan bersais besar.

Pada jam 12.45 kami mendaki dan sampai ke puncak pada jam lebih kurang 2 petang. Perjalan amat mencabar bagi seseorang yang biasa mendaki gunung dengan laluan yang sempurna atau laluan yang telah disediakan oleh pengurusan hutan. Tetapi Sempadan Kanyau ini mempunyai laluan pejalan kaki yang sangat mencabar dan tiada panduan untuk pejalan kaki yang khas.


Kadang-kadang kami terpaksa menebas dan menebang pokok yang menghalang laluan. Namun bagi kami sebagai anak jati Sarawak, laluan sebegini menjadi kebiasaan kepada kami dan kami hanya mengambil masa hanya 1 jam lebih mendaki. Tetapi bagi yang tidak biasa ianya menjadi laluan yang sukar dan berkemungkinan mengambil masa 4 jam mendaki.



Sampai di puncak Sempadan-Indonesia kami sempat mengambil gambar penanda sempadan 'MAL SWK' yang telah ditumbuhi lumut. Walaupun jam pada waktu itu menunjukkan jam 2 lebih petang, tetapi suasananya masih berkabus dan agak sejuk.


Hasil tangkapan kami hanya mendapat seekor monyet yang agak besar dan menemui beberapa bekas kaki harimau kumbang sebesar tapak kaki harimau dewasa. Jam kini menunjukkan jam 4.30 petang dan kami mula turun daripada bukit Sempada-Indonesia dah sampai di kaki bukit pada jam 6 petang.



Kami terus menyediakan makanan ringkas untuk makan malam dan berlaukkan daging monyet yang masih segar. Setelah menjamu selera dan melayan penat lelah pada malam itu, kami mula bergerak dengan pacuan empat roda pada jam 10 malam untuk balik.

Post a Comment

0 Comments