Penangkapan bekas Perdana Menteri telah menimbulkan rasa marah para penyokong tegar Najib itu. Bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak setengah juga oleh ahli keluarga terdekatnya.
Kini Najib bersama ahli keluarga mengalami masalah kewangan yang serius kerana banyak pembekuan akaun dilakukan oleh kerajaan terhadap mereka. Rumah PM di Taman Duta itu juga hampir dicagarkan bagi menampung kos jaminan tersebut
Penyokong Najib melancarkan "Solidariti Bersama Datuk Najib".
Penyokong Najib melancarkan "Solidariti Bersama Datuk Najib" bagi membantu bekas Perdana Menteri itu mengutip derma bagi tujuan ikan jamin Mahkamah.Kempen meminta derma orang ramai tersebut telah dilancarkan pada 5 Julai 2018 jam 2 petang di kediaman beliau di Jalan Langgak, Duta Kuala Lumpur.
Bercakap kepada pemberita, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafi yang juga bekas ketua pemuda UMNO bahagian Wilayah, kempen tersebut merupakan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu kerana nilai jaminan 1 juga tersebut sangat tinggi yang kami ingin melancarkan kempen derma ini semata-mata untuk membantu Perdana Menteri.
0 Comments