Chong Anggap Kerajaan Sarawak Sebagai Mesin "ATM"

KUCHING: Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mengingatkan kerajaan Sarawak agar tidak menjadikan projek membaik pulih atau membina semula sekolah daif di negeri ini sebagai ‘mesin ATM.’

chong anggap kerajaan sarawak atm
“Mesej kita sangat jelas, kita semua mahukan sekolah yang terbaik untuk anak-anak kita, tetapi kroni BN atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) janganlah memperlakukan projek membaik pulih atau membina sekolah daif atau mana-mana projek kerajaan di Sarawak seperti ‘mesin ATM.’ 

“Ini tidak dibenarkan oleh kerajaan baharu, kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media selepas membahas Belanjawan Negeri 2019 pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18, semalam.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika membahas Belanjawan Negeri 2019 berkata, kos membaik pulih atau membina semula sekolah daif kritikal telah meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh beberapa bulan.

Beliau berkata, pada Januari 2016, bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ketika mengadakan lawatan ke sebuah sekolah daif di Sarawak mengumumkan peruntukan RM12 juta bagi membaiki enam sekolah.

Pada Jun 2017 katanya, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin mengumumkan 1,020 sekolah usang di Sarawak dan dari-pada jumlah itu, 415 dikategori kritikal, setiap daripadanya memerlukan RM1 juta untuk dibaik pulih.

“Bermakna RM4 bilion diperlukan untuk membaik pulih dan membina semula 415 sekolah daif kritikal atau RM10 juta bagi sebuah sekolah, itu pada Jun 2017.
“Pada 28 Oktober 2017, ketika Bajet Negeri 2018 diumumkan, RM1 bilion diumumkan tetapi pada 2018 Menteri Muda Penyelidi-kan Teknologi berkata RM1 bilion itu hanya cukup untuk membina semula atau membaik pulih 50 sekolah.
“Maknanya sekarang kos membaik pulih atau membina semula sekolah daif ini meningkat kepada RM20 juta bagi sebuah sekolah, me-ningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Chong yang juga Pengerusi PH Sarawak berkata, beliau tertarik dengan kos pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan Bintulu dan SK Meludam di lokasi baharu yang dianggarkan RM88 juta.

Katanya, baru-baru ini kerajaan negeri mengumumkan peruntukan kos membina semula SK Ulu Segan Bintulu ialah RM40 juta, manakala SK Meludam, Betong RM48.2 juta.

“Apabila saya membuat semakan, SK Ulu Segan, Bintulu hanya terdapat 235 pelajar, adakah ini dikatakan wajar?” persoalnya.

Sumber asal dipetik dari : https://www.utusanborneo.com.my/2018/11/08/jangan-jadikan-projek-sekolah-daif-sebagai-mesin-atm-chong

Post a Comment

0 Comments