Suasana Tebingan Sungai Gaat Semasa Musim Kemarau.
Pada musim kemarau inilah suasana di tebingan sungai Gaat iaitu di Rumah Nading, Nanga Selentang, Gaat. Sangat sesuai untuk anak-anak kecil bermandi manda.
Menyusuri Sungai Gaat Untuk Memasang Pukat.
Rantau 'lubuk tusur' merupakan salah satu daripada rantau yang boleh meletihkan apabila menarik perahu. Mana tidak nya, kedalaman air masa kemarau ini ialah lebih kurang sekaki. Enjin sangkut agak susah melalui sungai sebegini jika tidak menarik perahu (bebatak).
Menyusuri Sungai Gaat.
Amang sedang memasang pukat di tebingan Sungai Gaat.
Menarik Perahu (bebatak).
Menarik perahu atau 'bebatak' dalam bahasa Iban merupakan usaha untuk menarik perahu apabila perahu tidak lagi boleh bergerak disebabkan air sungai yang terlalu cetek.
Bebatak.
Bermandi Manda.
Toddy yang kini berumur 9 tahun dan bersekolah di SK Methodist Kapit merupakan seorang kanak-kanak yang amat aktif dan meminati aktiviti sungai. Suka menembak ikan, memukat, memancing dan menembak ikan.
Toddy memakai goggle semasa menembak ikan
Toddy memasang pukat untuk menangkat anak ikan.
Permandangan rumah panjang Nanga Selentang, Gaat dari bawah.
Memasang Pukat Di Sungai Selentang.
Nelayan tempatan yang dikenali sebagai Ameng sedang memasang pukat di Sungai Selentang. Lokasi yang tidak berapa jauh daripada rumah panjang iaitu kira-kira 10 minit mengunakan kereta dan meredah sedikit hutan dalam beberapa minit untuk sampai ke sungai tersebut.
Ameng sedang memesang pukat bagi menghalang ikan anak tengih lari semasa menembak ikan.
Selepas beberapa minit, hanya beberapa ekor ikan yang beliau perolehi.
Bermandi Manda Di Sungai Selentang.
Toddy sanggup meredah hutan semata-mata untuk mandi di air sungai yang amat berbatu yang juga merupakan habitat bagi ikan kelah/semah.
Sungai Selentang yang amat jernih dan bersih. Bebas daripada sebarang pencemaran. Seolah-olah 'swimming pool'.
Jenis ikan
Pelbagai jenis ikan yang keluar mencari makanan dan ini membolehkan kami menembak ikan yang berkeliaran seperti ikan semah, tengadak, baung dan banyak lagi spesis ikan air tawar yang boleh didapati.
Menembak Ikan/Nimbak Ikan.
Menembak ikan merupakan aktiviti yang sangat popular di pedalaman Kapit. Pada musim kemarau ini semua air menjadi cetek dan sangat jernih dan ini membolehkan kami mengadakan aktiviti menembak ikan pada siang hari dan malam selain untukmembawa keluarga untuk bermandi manda.
Menembak ikan pada waktu malam merupakan pilihan yang amat popular memandangkan ikan sangat jinak pada waktu malam dan senang untuk ditembak.
Disini admin kongsikan video menembak ikan pada waktu siang. Pukat dipasang semasa menembak ikan agar ikan yang lari terkena pada pukat yang dipasang tersebut.
0 Comments