Kenapa Anak Menjadi Kurus
Permasalahan berat badan amat membingungkan terutamanya pada orang tua apabila melihat anaknya mempunyai berat badan yang tidak sempurna iaitu terlalu gemuk atau terlalu kurus. Dalam Topik kali ini saya cuba mengutip maklumat-maklumat berkenaan Kenapa Anak Menjadi Kurus dan Cara Menaikkan Berat badan Anak.
![]() |
Penyebab anak menjadi kurus ialah berkenaan pola permakana yang tidak seimbang dimana anak-anak sering terdedah dengan pemakanan segera seperti mee segera dan sebagainya. Harus diingat pemakanan yang tidak seimbang perlu dielakkan kerana ianya membantutkan proses tumbesaran anak dan biarlah anak membesar dengan nutrisi seimbang.
Bagi mendapatkan maklumat kenapa anak menjadi kurus ialah sebaiknya dapatkan dari doktor kerana kurus ini disebabkan banyak faktor. Ada juga disebabkan oleh faktor keturunan/genetik.
Cara menaikkan Berat Badan Anak
1. Mengambil lemak jantung yang sihat. Menambah lemak jantung yang sihat dalam pola makan anak boleh menambahkan kalori yang diperlukan untuk menaikkan berat badan. Berilah anak makan makanan seperti lemak dalam avokado, kacang dan minyak goreng seperti minyak zaitun, canola dan safflower.
2. Bawa balik atau minta poster mengenai pola /piramid makanan di kementerian kesihatan dan cuba lekatkan di dapur. Ini bertujuan memberi informasi kepada anak dan ibubapa mengenai cara pemakanan yang sihat. Sila ikut jadual pemakanan yang disyorkan. Sila ajar anak untuk makan secara perlahan dan pastikan mereka mendapat kalori yang tinggi dan bergizi.
3. Minuman shake dan smothies dikatakan dapat memberikan nilai kalori yang tinggi dan bergizi. Anda juga mencampurkan buah lain seperti pisang dan buah lainnya bagi menambahkan perisa minuman tersebut dan yang penting agar anak anda menikmati minuman tersebut. Sila pastikan juga anak tidur mengikut jam yang sesuai.
4. Elakkan makanan segera kerana ianya mempunyai nilai garam, gula dan lemak yang tinggi. Apabila anak anda makan makanan segera, mereka akan berasa kenyang tetapi tidak mempunyai nilai proten yang diperlukan oleh tubuh.


0 Comments